Monday, September 19, 2011

Kenangan 1 Boungainvilla

Pertama kali masuk kelas ni saya dah jatuh hati dengan pelajar-pelajarnya.  Terasa rapat walaupun baru beberapa minit kenal. Saya ditugaskan untuk mengajar  Novel Sukar Membawa Tuah atas arahan Cikgu Norhana. Mula-mula tu agak malas jugak nak baca novel tebal-tebal ni tapi nasib baik tak tebal sangat n bile dah baca, seronok jugak.

Kalau lalu kelas ni, mesti mereka panggil walhal dalam kelas tu ada cikgu. Dan bile saya nak masuk kelas dan mengajar mesti mereka tepuk tangan dan ceria je…macam-macam yang mereka luahkan pada saya. Antara pelajar yang paling rapat ialah si kembar Syafafah dan Sofwah, Firdaus, Hazim, Haziq, Luqman,  Almi, Adli, Iqbal, Faris dan ramai lagi. Macam-macam yang mereka tanya dari soalan realiti hingga  melintasi alam ghaib.


Hari terakhir memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setelah habis mengajar,  sesi  perpisahan yang dimulakan dengan kata-kata terakhir saya kepada mereka.  Mereka tak menjangka hari  tersebut merupakan hari terakhir  saya mengajar mereka.


Saya menyampaikan sedikit ucapan dan kata-kata perpisahan sambil memperdengarkan lagu memori tercipta dan doa perpisahan. Saya tidak mahu menangis kerana jika saya sudah menangis memang sukar untuk berhenti. Namun, tidak seperti yang saya harapkan apabila saya lihat pelajar-pelajar perempuan mula menangis tanpa henti, manakala pelajar lelaki hanya menundukkan pandangan ke meja.


Keadaan itu, membuatkan saya keluar seketika untuk menenangkan diri kerana jika saya lihat pelajar-pelajar menangis, saya juga akan menangis. Setelah habis, lagu memori tercipta dan doa perpisahan tersebut, mereka menyanyikan lagu ashiteru,

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku
Aduh, bertambah sayu saya dengar lagu itu. Terima kasih pelajar kelas 1 Bouganvilla. Sayang kamu semua.





Setelah itu, mereka bersungguh-sungguh  mengajak saya keluar untuk berbuka bersama di McD. Huhu..tak pernah saya makan  di McD...nak order ape pun tak tahu...bile sampai je, tiba -tiba dah ade kat meja...ni untuk cikgu..hah? rupa-rupanya ade anak murid yang belanja...terima kasih daus.





Friday, September 9, 2011

Nota Cinta

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah 




Friday, September 2, 2011

Cerita 1 Lavender


Kelas ini merupakan kelas pertama. Saya ambil satu masa untuk mengajar KOMSAS yang dipegang oleh Cikgu Wan Maimunah. Mula-mula tu takut juga untuk memegang amanah mengajar kelas ni, ialah kelas budak-budak bijak tapi saya cuba yang terbaik. Pernah saya relief kelas ni dan masa tu saya diminta oleh cikgu Wan untuk menyemak jawapan kertas objektif bahasa Melayu. Mereka ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Contohnya jika jawapan A dan bukannya B, mereka akan bertanya dan bertanya sehingga mereka puas hati dengan ke semua jawapan tersebut. Memang terbaiklah mereka ni.


Saya tak dapat ingat semua nama pelajar kelas ni tapi ada beberapa orang yang diingati seperti  faeez, khairul izwan, khairul azwan, Hamdi, Maghesan, Harith, Syahir, Amir, Adree, Roshini, Vasalachi, Farah, Nabil, Fatin dan ramai lagi. Kelas ni seronok mengajar, mereka ni kelakar. Ada sahaja yang boleh dijadikan bahan lawak. Tak kering gusi n kadang-kadang tak larat nak layan lawak budak-budak ni.

Bila suruh deklamasi sajak, semua suruh Amir.  Macam-macam lah dikatanya..cikgu, dia wakil sekolah cikgu, dia wakil negeri cikgu, macam-macam wakil ade…hehe..tak boleh saya lupa kenangan tu. Tapi setiap kali saya suruh deklamasi sajak, ada sahaja yang sukarela untuk mendeklamasikannya…saya masih ingat lagi yang pernah deklamasi sajak seperti Amir, Nabil, Syahir, Arfan dan beberapa orang yang lain.
Satu perkara yang saya tidak boleh lupa ketika mengajar sajak lebah dan madu. Dalam induksi set, saya menunjukkan gambar  lebah dan madu. Mereka kata gambar itu comel.

Saya tak sangka, Faeez Qusyairee sanggup melukis gambar tersebut dalam bukunya. Tersentuh jugak hati ini. Suke2…

Hari terakhir, saya ajar sajak hari akhir persekolahan… Faeez Qusyairee dapat teka apa yang nak diajar…pandai dia teka…time kasih kepada  Khairul Izwan sebab berani baca sajak tersebut. Kemudian saya terangkan skit, pastu edarkan lirik lagu doa perpisahan. Ku tabahkan hati supaya tidak menangis..alhamdulillah berjaya untuk tidak menangis…tak sangka mereka pun minta fb, no tel dan tanda tangan…kenangan yang tidak boleh dilupakan…sayang mereka semua