Saturday, January 28, 2012

Cara menghapuskan dosa, meningkatkan darjat dan memohon petunjuk

BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?
Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat; itulah perjuangan. Itulah perjuangan!

PETUNJUK RASULULLAH APABILA MERASA SUSAH DALAM URUSAN
Dalam kitab Jami’ At Turmudzi disebut hadis dari Anas ia berkata:
“Sesungguhnya apabila Rasulullah merasa susah kerana sesuatu urusan maka baginda mengucapkan: Yaa hayyu yaa qoyyum, birahmatika astaghisu..”

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.
Disebutkan juga bahawa Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan.




Rasulullah bersabda: 
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.




Rasulullah bersabda :
“Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. ” Riwayat At Tirmizi.

Friday, January 20, 2012

Bercuti di Lata Kinjang

Sebelum masing-masing pulang ke kampung, Aida, Ummi. Hanim dan saya telah pi berjalan-jalan. Mengikut perancangan awal mahu sahaja menikmati keindahan ciptaan Allah di Kalumpang sahaja namun kami agak terkejut kerana bayaran masuk atau dalam bahasa Inggerisnya “entrance fee” berharga RM 10 seorang. Jadi, kami seramai 4 orang ini menjadikan bayaran tersebut berharga RM40. Agak tidak berbaloi di situ. Kami berbincang semula dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke destinasi lain yang lebih menarik.
Akhirnya, Lata Kinjang menjadi lokasi pilihan. Perjalanan mengambil masa satu jam 30  minit. Kami tiba kira-kira jam 1.30 petang. Sebelum menikmati keindahan alam, kami mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu. Suasana air terjun agak meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan umur masyarakat dan juga kaum.


Untuk aktiviti bermain-main air, kami memilih tempat yang strategik iaitu terlindung daripada tumpuan dan laluan orang ramai. Akhirnya, setelah berjalan menaiki tangga selama 15 minit kami sampai ke tempat yang sesuai walaupun ada sahaja yang cuba-cuba menakutkan kami. Alhamdulillah dapat jugak merasai kesejukan air dan ketenangan flora fauna yang ada. Subhanallah.

Saturday, January 7, 2012

Anak laut

Anak laut, anak nelayan, Mungkin ada orang ingat keje nelayan mudah. Hanya membawa bot, enjin dan minyak lalu pergi sahaja ke laut. Carilah berapa banyak hasil yang dikehendaki. Tapi ada jugak yang mengatakan bertuah jadi anak nelayan. Boleh makan udang dan ikan yang segar-segar setiap hari. Hanya anak nelayan sahaja yang tahu kehidupan seorang nelayan.

Di rumah,
Tak sah kalau tiada jaring,
Tak lengkap kalau tiada pengkait,
Tak sehati kalau tiada enjin,
Tak sejiwa kalau tiada tong-tong minyak.

Kala hujan,
Tak senang duduk,
Tak lena tidur,
Takut-takut bot karam,
Risau-risau enjin hilang.

Begitulah ceritera anak nelayan…


Sunday, January 1, 2012

Mencari redha-Mu

~✿ Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya.. 
~✿ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya.. 
~✿ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya.. 
~✿ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya.. 
~✿ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya.. 
~✿ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah saya ..