Tuesday, April 22, 2014

Hari-hari terakhir seorang mahasiswi


Semester 8 merupakan semester akhir bagi mana-mana jurusan selama 4 tahun. Jika di awal sem dahulu rasa tidak sabar untuk merasai sem 8 tetapi kali ini  terasa lain pula. Sem 8 merupakan sem yang paling sibuk sekali. Walaupun hanya 12 jam kredit tetapi bebanan kerja seperti 22 jam kredit!

Dalam sem 8 ini, kuliah seperti biasa, asingment boleh tahan jugak banyaknya dan tesis (penulisan ilmiah) pun menguji ketahanan fizikal dan mental. InsyaAllah semuanya boleh dilakukan sebaik mungkin tanpa mengurangkan kecintaan kepada-Nya kerana setiap hamba perlu tahu bahawa Allah SWT tidak akan menurunkan ujian kepada hamba yang tidak mampu memikulnya. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan izin Allah SWT.

30 Jun 2008 - 7 Januari 2012 in memories (^^,)



Kembali

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah lama tidak menaip di sini...
Entah ada orang baca ke tak
Apa yang penting aku menulis bukan kerna nama...Saja-saja je..
Buat blog ni pun sebab tugasan (asignment) semasa belajar di UPSI dulu,
Pejam celik pejam celik dah 2 tahun habis belajar,
Rindu pelajar ISMPBM 2008/2009,
Rindu pergi kuliah,
Rindu buat asignment,
Rindu discusion bila nak buat asignment,
Rindu naik bas pergi kuliah,
Rindu library UPSI yang sejuk,
Rindu pensyarah yang macam-macam ragam,
Rindu Tanjung Malim,
Rindu serindu rindunya,
Walau ada pahit manis suka duka bergelar pelajar,
Perasaan itu yang akan diingat,
Sampai bila-bila.
Sungguh, memang pantas masa berlalu!