Sunday, December 4, 2011

Istikharah

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku



Tuesday, November 22, 2011

Kitab cinta

Cintaku buatmu
seperti setianya sang awan
pada kekasihnya sang langit
biarpun hujan yang turun menimpa bumi
awan tetap dalam dakapan sang langit...

Tuesday, October 25, 2011

Puisi



Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….



                       sekadar gambar hiasan (^^,)

Wednesday, October 12, 2011

Coretan 1Hibiscus


Kelas ini merupakan kelas yang pertama saya masuk dan terus mengajar. Berbanding kelas lain, saya pernah masuk untuk sesi suai kenal bukan terus mengajar. Saya rasa pengajaran saya agak serius dan pelajar agak takut hendak memberi respons. Namun, kenangan mengajar kelas ini tidak akan saya lupakan.
Kali pertama semasa kedatangan Prof. Mahzan yang akan menyelia pengajaran saya. Saya bersedia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini untuk menunjukkan kelainan dengan tajuk sajak Lebah dan Madu. Sebelum pensyarah masuk ke kelas, saya tidak sangka apabila seorang pelajar berkata "cikgu, kenapa pensyarah cikgu datang? saya ingat cikgu guru tetap kat sekolah ini". hehe..saya hanya tersenyum.
Kali kedua semasa saya mahu mengajar sajak Diari Lama. Sajak ini berkaitan dengan kemerdekaan dan kebetulan bulan ini merupakan bulan kemerdekaan. Setelah selesai mengajar, sesi perbincangan dan juga sesi menjawab soalan saya mengingatkan pelajar sekali lagi iaitu, "ingat diari lama, ingat apa?" Mereka lantas menjawab, "ingat Cikgu Diyana". Saya tersenyum. Sebenarnya saya mahu mereka "ingat diari lama, ingat kemerdekaan". Tersenyum saya seketika dan  dalam masa yang sama rasa terharu juga.

Antara pelajar yang saya ingat namanya ialah, Imran, Farahana, Izzat, Alif, Indah, Nadirah, Anis, Haziqah, Anisa, Aina, Syamimi, Amni, luqman dan ramai lagi. Saya ingat Imran sebab bakatnya bersajak, Farahana pelajar yang mula-mula kenal, Alif selalu jumpe mase pi terawih, Luqman nampak pemalu tapi bile 'posing' x leh nak komen ape2, Izzat, Aina dan Syamimi pula aktif dalam kelas...
Sebenarnya banyak pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Rasa sekejap je. Masa mula-mula datang ke sekolah tu rasa lama sangat nak tunggu minggu ke-14, tetapi lama-kelamaan masa cepat berlalu. Alhamdulillah...sayang pelajar kelas 1 HIBISCUS, semoga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan solehah.
 sedih, tak dapat jumpe semua, ramai dah blik kg terutama pelajar lelaki...

Monday, September 19, 2011

Kenangan 1 Boungainvilla

Pertama kali masuk kelas ni saya dah jatuh hati dengan pelajar-pelajarnya.  Terasa rapat walaupun baru beberapa minit kenal. Saya ditugaskan untuk mengajar  Novel Sukar Membawa Tuah atas arahan Cikgu Norhana. Mula-mula tu agak malas jugak nak baca novel tebal-tebal ni tapi nasib baik tak tebal sangat n bile dah baca, seronok jugak.

Kalau lalu kelas ni, mesti mereka panggil walhal dalam kelas tu ada cikgu. Dan bile saya nak masuk kelas dan mengajar mesti mereka tepuk tangan dan ceria je…macam-macam yang mereka luahkan pada saya. Antara pelajar yang paling rapat ialah si kembar Syafafah dan Sofwah, Firdaus, Hazim, Haziq, Luqman,  Almi, Adli, Iqbal, Faris dan ramai lagi. Macam-macam yang mereka tanya dari soalan realiti hingga  melintasi alam ghaib.


Hari terakhir memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setelah habis mengajar,  sesi  perpisahan yang dimulakan dengan kata-kata terakhir saya kepada mereka.  Mereka tak menjangka hari  tersebut merupakan hari terakhir  saya mengajar mereka.


Saya menyampaikan sedikit ucapan dan kata-kata perpisahan sambil memperdengarkan lagu memori tercipta dan doa perpisahan. Saya tidak mahu menangis kerana jika saya sudah menangis memang sukar untuk berhenti. Namun, tidak seperti yang saya harapkan apabila saya lihat pelajar-pelajar perempuan mula menangis tanpa henti, manakala pelajar lelaki hanya menundukkan pandangan ke meja.


Keadaan itu, membuatkan saya keluar seketika untuk menenangkan diri kerana jika saya lihat pelajar-pelajar menangis, saya juga akan menangis. Setelah habis, lagu memori tercipta dan doa perpisahan tersebut, mereka menyanyikan lagu ashiteru,

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku
Aduh, bertambah sayu saya dengar lagu itu. Terima kasih pelajar kelas 1 Bouganvilla. Sayang kamu semua.





Setelah itu, mereka bersungguh-sungguh  mengajak saya keluar untuk berbuka bersama di McD. Huhu..tak pernah saya makan  di McD...nak order ape pun tak tahu...bile sampai je, tiba -tiba dah ade kat meja...ni untuk cikgu..hah? rupa-rupanya ade anak murid yang belanja...terima kasih daus.





Friday, September 9, 2011

Nota Cinta

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah 




Friday, September 2, 2011

Cerita 1 Lavender


Kelas ini merupakan kelas pertama. Saya ambil satu masa untuk mengajar KOMSAS yang dipegang oleh Cikgu Wan Maimunah. Mula-mula tu takut juga untuk memegang amanah mengajar kelas ni, ialah kelas budak-budak bijak tapi saya cuba yang terbaik. Pernah saya relief kelas ni dan masa tu saya diminta oleh cikgu Wan untuk menyemak jawapan kertas objektif bahasa Melayu. Mereka ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Contohnya jika jawapan A dan bukannya B, mereka akan bertanya dan bertanya sehingga mereka puas hati dengan ke semua jawapan tersebut. Memang terbaiklah mereka ni.


Saya tak dapat ingat semua nama pelajar kelas ni tapi ada beberapa orang yang diingati seperti  faeez, khairul izwan, khairul azwan, Hamdi, Maghesan, Harith, Syahir, Amir, Adree, Roshini, Vasalachi, Farah, Nabil, Fatin dan ramai lagi. Kelas ni seronok mengajar, mereka ni kelakar. Ada sahaja yang boleh dijadikan bahan lawak. Tak kering gusi n kadang-kadang tak larat nak layan lawak budak-budak ni.

Bila suruh deklamasi sajak, semua suruh Amir.  Macam-macam lah dikatanya..cikgu, dia wakil sekolah cikgu, dia wakil negeri cikgu, macam-macam wakil ade…hehe..tak boleh saya lupa kenangan tu. Tapi setiap kali saya suruh deklamasi sajak, ada sahaja yang sukarela untuk mendeklamasikannya…saya masih ingat lagi yang pernah deklamasi sajak seperti Amir, Nabil, Syahir, Arfan dan beberapa orang yang lain.
Satu perkara yang saya tidak boleh lupa ketika mengajar sajak lebah dan madu. Dalam induksi set, saya menunjukkan gambar  lebah dan madu. Mereka kata gambar itu comel.

Saya tak sangka, Faeez Qusyairee sanggup melukis gambar tersebut dalam bukunya. Tersentuh jugak hati ini. Suke2…

Hari terakhir, saya ajar sajak hari akhir persekolahan… Faeez Qusyairee dapat teka apa yang nak diajar…pandai dia teka…time kasih kepada  Khairul Izwan sebab berani baca sajak tersebut. Kemudian saya terangkan skit, pastu edarkan lirik lagu doa perpisahan. Ku tabahkan hati supaya tidak menangis..alhamdulillah berjaya untuk tidak menangis…tak sangka mereka pun minta fb, no tel dan tanda tangan…kenangan yang tidak boleh dilupakan…sayang mereka semua