Friday, January 20, 2012

Bercuti di Lata Kinjang

Sebelum masing-masing pulang ke kampung, Aida, Ummi. Hanim dan saya telah pi berjalan-jalan. Mengikut perancangan awal mahu sahaja menikmati keindahan ciptaan Allah di Kalumpang sahaja namun kami agak terkejut kerana bayaran masuk atau dalam bahasa Inggerisnya “entrance fee” berharga RM 10 seorang. Jadi, kami seramai 4 orang ini menjadikan bayaran tersebut berharga RM40. Agak tidak berbaloi di situ. Kami berbincang semula dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke destinasi lain yang lebih menarik.
Akhirnya, Lata Kinjang menjadi lokasi pilihan. Perjalanan mengambil masa satu jam 30  minit. Kami tiba kira-kira jam 1.30 petang. Sebelum menikmati keindahan alam, kami mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu. Suasana air terjun agak meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan umur masyarakat dan juga kaum.


Untuk aktiviti bermain-main air, kami memilih tempat yang strategik iaitu terlindung daripada tumpuan dan laluan orang ramai. Akhirnya, setelah berjalan menaiki tangga selama 15 minit kami sampai ke tempat yang sesuai walaupun ada sahaja yang cuba-cuba menakutkan kami. Alhamdulillah dapat jugak merasai kesejukan air dan ketenangan flora fauna yang ada. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment