Tuesday, April 22, 2014

Hari-hari terakhir seorang mahasiswi


Semester 8 merupakan semester akhir bagi mana-mana jurusan selama 4 tahun. Jika di awal sem dahulu rasa tidak sabar untuk merasai sem 8 tetapi kali ini  terasa lain pula. Sem 8 merupakan sem yang paling sibuk sekali. Walaupun hanya 12 jam kredit tetapi bebanan kerja seperti 22 jam kredit!

Dalam sem 8 ini, kuliah seperti biasa, asingment boleh tahan jugak banyaknya dan tesis (penulisan ilmiah) pun menguji ketahanan fizikal dan mental. InsyaAllah semuanya boleh dilakukan sebaik mungkin tanpa mengurangkan kecintaan kepada-Nya kerana setiap hamba perlu tahu bahawa Allah SWT tidak akan menurunkan ujian kepada hamba yang tidak mampu memikulnya. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan izin Allah SWT.

30 Jun 2008 - 7 Januari 2012 in memories (^^,)



No comments:

Post a Comment