Pertama kali masuk kelas ni saya dah jatuh hati dengan pelajar-pelajarnya. Terasa rapat walaupun baru beberapa minit kenal. Saya ditugaskan untuk mengajar Novel Sukar Membawa Tuah atas arahan Cikgu Norhana. Mula-mula tu agak malas jugak nak baca novel tebal-tebal ni tapi nasib baik tak tebal sangat n bile dah baca, seronok jugak.
Kalau lalu kelas ni, mesti mereka panggil walhal dalam kelas tu ada cikgu. Dan bile saya nak masuk kelas dan mengajar mesti mereka tepuk tangan dan ceria je…macam-macam yang mereka luahkan pada saya. Antara pelajar yang paling rapat ialah si kembar Syafafah dan Sofwah, Firdaus, Hazim, Haziq, Luqman, Almi, Adli, Iqbal, Faris dan ramai lagi. Macam-macam yang mereka tanya dari soalan realiti hingga melintasi alam ghaib.
Hari terakhir memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Setelah habis mengajar, sesi perpisahan yang dimulakan dengan kata-kata terakhir saya kepada mereka. Mereka tak menjangka hari tersebut merupakan hari terakhir saya mengajar mereka.
Saya menyampaikan sedikit ucapan dan kata-kata perpisahan sambil memperdengarkan lagu memori tercipta dan doa perpisahan. Saya tidak mahu menangis kerana jika saya sudah menangis memang sukar untuk berhenti. Namun, tidak seperti yang saya harapkan apabila saya lihat pelajar-pelajar perempuan mula menangis tanpa henti, manakala pelajar lelaki hanya menundukkan pandangan ke meja.
Keadaan itu, membuatkan saya keluar seketika untuk menenangkan diri kerana jika saya lihat pelajar-pelajar menangis, saya juga akan menangis. Setelah habis, lagu memori tercipta dan doa perpisahan tersebut, mereka menyanyikan lagu ashiteru,

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku
Aduh, bertambah sayu saya dengar lagu itu. Terima kasih pelajar kelas 1 Bouganvilla. Sayang kamu semua.
Setelah itu, mereka bersungguh-sungguh mengajak saya keluar untuk berbuka bersama di McD. Huhu..tak pernah saya makan di McD...nak order ape pun tak tahu...bile sampai je, tiba -tiba dah ade kat meja...ni untuk cikgu..hah? rupa-rupanya ade anak murid yang belanja...terima kasih daus.
No comments:
Post a Comment