Kelas ini merupakan kelas yang pertama saya masuk dan terus mengajar. Berbanding kelas lain, saya pernah masuk untuk sesi suai kenal bukan terus mengajar. Saya rasa pengajaran saya agak serius dan pelajar agak takut hendak memberi respons. Namun, kenangan mengajar kelas ini tidak akan saya lupakan.
Kali pertama semasa kedatangan Prof. Mahzan yang akan menyelia pengajaran saya. Saya bersedia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini untuk menunjukkan kelainan dengan tajuk sajak Lebah dan Madu. Sebelum pensyarah masuk ke kelas, saya tidak sangka apabila seorang pelajar berkata "cikgu, kenapa pensyarah cikgu datang? saya ingat cikgu guru tetap kat sekolah ini". hehe..saya hanya tersenyum.
Kali kedua semasa saya mahu mengajar sajak Diari Lama. Sajak ini berkaitan dengan kemerdekaan dan kebetulan bulan ini merupakan bulan kemerdekaan. Setelah selesai mengajar, sesi perbincangan dan juga sesi menjawab soalan saya mengingatkan pelajar sekali lagi iaitu, "ingat diari lama, ingat apa?" Mereka lantas menjawab, "ingat Cikgu Diyana". Saya tersenyum. Sebenarnya saya mahu mereka "ingat diari lama, ingat kemerdekaan". Tersenyum saya seketika dan dalam masa yang sama rasa terharu juga.
Antara pelajar yang saya ingat namanya ialah, Imran, Farahana, Izzat, Alif, Indah, Nadirah, Anis, Haziqah, Anisa, Aina, Syamimi, Amni, luqman dan ramai lagi. Saya ingat Imran sebab bakatnya bersajak, Farahana pelajar yang mula-mula kenal, Alif selalu jumpe mase pi terawih, Luqman nampak pemalu tapi bile 'posing' x leh nak komen ape2, Izzat, Aina dan Syamimi pula aktif dalam kelas...
Sebenarnya banyak pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Rasa sekejap je. Masa mula-mula datang ke sekolah tu rasa lama sangat nak tunggu minggu ke-14, tetapi lama-kelamaan masa cepat berlalu. Alhamdulillah...sayang pelajar kelas 1 HIBISCUS, semoga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan solehah.
sedih, tak dapat jumpe semua, ramai dah blik kg terutama pelajar lelaki...
No comments:
Post a Comment