1. Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun ,Firaun, Syaddad dan lain-lain.
2. Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
3. Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.
4. Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.
5. Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.
6. Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.
7. Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
8. Harta semakin lama disimpan ia akan usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.
9. Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.
10. “Sekiranya 100 orang datang bertanya satu soalan yang sama padaku, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” kata Khalifah Ali Bin Abi Talib.
11. Rasulullah adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.
No comments:
Post a Comment