Hari ini seorang sahabat, Linda telah menceritakan kesedihannya kepada saya. Dia kata motornya rosak setelah dipinjam oleh seorang sahabatnya semasa cuti semester yang lepas. Setelah meminta pertolongan dari seorang rakan muslimin untuk dihantar ke kedai, Linda mengatakan bahawa anggaran untuk membaiki motor tersebut sebanyak RM400. Linda mula mengalirkan air mata, kerana baru-baru ini komputer ribanya baru sahaja diperbaiki dan harganya juga RM400. Dia berasa sedih dan lebih terkilan lagi kerana kerosakan motor itu bukan berpunca darinya dan sahabatnya yang meminjam motor tersebut seperti cuba mengelak dan tidak mahu bertanggungjawab.
Saya hanya boleh menyuruhnya bersabar kerana pasti ada hikmah sesuatu itu berlaku. Dia pun seperti tidak percaya orang yang selama ini baik dengannya akan berkelakuan seperti itu. Walau apa pun pasti ada jalannya nanti. Pengajaran di sini ialah bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan!.
Untuk menghilangkan kesedihan, Linda telah menunjukkan gambar pertunangan rakannya yang bertunang baru-baru ini. Berdasarkan apa yang diceritakan, saya lihat majlis pertunangan itu seakan majlis pernikahan. Rombongan pihak lelaki dan bakal tunangnya pun hadir bersama dalam majlis pertunangan itu. Selain itu, saya dapat lihat pengantin perempuan memakai inai di lima jari sebelah kiri sahaja, dan setelah selesai majlis pertunangan, pasangan tunang itu tadi duduk di atas pelamin.
Setelah bertanya kepada Linda adakah perkara itu sekadar suka-suka ataupun adat zaman-berzaman. Linda mengatakan bahawa itu sudah menjadi adat peminangan masyarakat kampung di sana. Di sini saya dapat lihat tiga perkara yang berbeza antara sebuah kampung di Kelantan dan tempat saya di Johor iaitu, bakal tunang (lelaki) hadir sekali dalam majlis pertunangan, bakal tunang (perempuan) akan memakai inai di jari tangan sebelah kiri sahaja dan pasangan akan duduk di pelamin.
No comments:
Post a Comment