Bahasa milik semua makhluk. Dalam hal berbahasa, manusialah yang cukup bertuah berbanding dengan makhluk lain. Manusia boleh berbahasa sesama manusia dan makhluk lain, serta memahami bahasa makhluk lain dalam keupayaan yang terhad. Begitu juga dengan pemahaman makhluk lain yang terhad terhadap bahasa manusia.
Jika semasa kecil dahulu, belakang rumah dikelilingi dengan hutan jadi banyaklah serangga yang kadang kala tersesat masuk ke dalam rumah. Serangga yang paling disukai ialah mentadak mentadu atau dalam bahasa Inggerisnya “Praying mantis”. Kami adik-beradik akan berkumpul dan melihat serangga itu tanpa jemu. Cantik betul rupa mentadak mentadu ini. Kami akan “bertanya” kepada mentadak mentadu.
“Mentadak mentadu, macam mana adik tidur.”
Mentadak akan membuat aksi seperti aksi adik tidur sebagai jawapannya kepada pertanyaan kami itu.
Hi! Hi! Hi! Kami semua ketawa melihat mentadak yang terlentang sambil kakinya terangkat ke atas.
Mungkin anda yang membaca juga pernah melakukannya pada suatu ketika dulu. Kalau ya sila senyum…kerana bukan semua orang memiliki pengalaman seperti itu.
Jika diikutkan dengan ilmu sains dan pengamatan sendiri, mentadak ini merupakan golongan serangga yang lemah, tidak menyerang balas ketika diusik dan tidak mempunyai senjata yang kuat untuk melawan musuhnya. Tidak seperti lebah dan tebuan yang mampu menakutkan manusia dengan sengatan berbisanya. Kalau ada pun, mungkin dari segi warnanya yang boleh berubah mengikut warna daun atau kayu untuk mengaburi mata pihak musuh. Oleh sebab itulah, untuk mempertahankan dirinya mentadak bertindak mendiamkan diri sambil membuka kaki dan kepaknya seluas-luasnya serta mengangakan mulutnya, supaya kelihatan lebih besar saiznya sehingga boleh menakutkan musuh-musuh yang cuba menganggunya.
Kalau diikutkan nama dalam bahasa Inggeris “Praying Mantis” memang bertepatan dengan namanya. "Praying" maksudnya berdoa dan "mantis" maksudnya mentadak. Mentadak ini berdoa “Ya Allah selamatkanlah aku daripada diapa-apakan oleh anak-anak ini, selamatkanlah aku.” Sehinggakan kita dapat melihat mulut mentadak ini terkumat-kamit seakan berdoa.
Kini, “pertanyaan” seperti itu sukar saya lontarkan lagi kepada mentadak. Mentadak kini sukar ditemui apatah lagi untuk “bercakap” dengannya. Spesis mentadak kian pupus akibat kerakusan manusia yang mengejar pembangunan dan tidak menghargai hijau alam ini.
bagaimana pulak kalau mentadak sering berada di dinding rumah ?
ReplyDeleteTiba2 je mentadak mentadu ni masuk bilik mandi saya, saya takut kerana saiznya besar tambahan lagi ia memanjat ke siling, ape sy patut buat?
ReplyDeleteTiba2 mntadak kayu mlompat atas kain selimut mse kte tnga tdo perghh tekejut gila weii siap teriak pla tu.. ingtkan apa yg trbang atas kain selimut.. sampai bjaga tak tdo tkut mntadak lompat lgi..maybe sebab kain selimut hijau kot
ReplyDeleteDalam bilik air..risau jika kna sengat, sy terpaksa siram dgn air dan hanyutkan di lubang toilet, seram tgok nya
ReplyDeleteDalam bilik air..risau jika kna sengat, sy terpaksa siram dgn air dan hanyutkan di lubang toilet, seram tgok nya
ReplyDeleteMentadak masuk rumah ikut tingkap..rumah flat tingkat 14 hmm..adakah itu petanda sihir?
ReplyDelete